semua kod² dibawah ni adalah kod barang yang mengandungi lemak haiwan yang paling dibenci oleh semue orang Islam di muke bumi ni...
oleh sebab orang islam membenci haiwan ni,orang kafir laknatullah sedang berusaha sedaya upaya untuk membuat haiwan ini terbabit dalam kehidupan orang Islam...
1. E 100
2. E 110
3. E 120
4. E 140
5. E 141
6. E 153
7. E 160
8. E 161
9. E 210
10. E 213
11. E 214
12. E 216
13. E 234
14. E 252
15. E 270
16. E 280
17. E 300
18. E 301
19. E 325
20. E 326
21. E 327
22. E 334
23. E 335
24. E 336
25. E 337
26. E 422
27. E 430
28. E 431
29. E 432
30. E 433
31. E 434
32. E 435
33. E 436
34. E 440
35. E 441
36. E 470
37. E 471
38. E 472
39. E 473
40. E 474
41. E 475
42. E 476
43. E 477
44. E 478
45. E 481
46. E 482
47. E 483
48. E 491
49. E 492
50. E 493
51. E 494
52. E 495
53. E 542
54. E 570
55. E 572
56. E 631
57. E 635
58. E 904
59. E 920
Isnin, 4 Januari 2010
Snek dari Lemak Khinzir
Kristian Menyerupai Islam
Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar
Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama
dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya
itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin
seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang
menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok
kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi,
orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja
asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara
peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat..
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila
berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku'
dan sujud.. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali
sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam;
masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul
awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur),
sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'),
dan sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang
Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan
shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil
kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam
Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada
Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga
mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu
persepuluh dari pendapatan
Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi
berhati2laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2
kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....
Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli.....dan digantung
di rumah kita.Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.
Isnin, 21 Disember 2009
MUHARAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting
Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Amalan-amalan sunat:
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X .
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X .
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Selasa, 15 Disember 2009
Ciri² Sahabat yang Baik
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan;
Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Keenam
Sahabat yang bila engkau memandangnya akan mengingatkan dirimu pada Allah S.W.T.. Maksudnya dapat mengingatkan dirimu untuk meningkatkan amalan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Mana Jalan Nak Ikot??
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...kejap lagi ye..
Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...
Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..
Manusia - Eh, eh... .tak boleh te ngok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .
Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat- menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buatapa sesusah.
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa,tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah,sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu
Awas kicap eliza!
Isnin, 14 Disember 2009
Murid² Sekarang
Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat olehorang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuhbermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semuamasa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataanberlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagiperkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
ahahahaha....murid² zaman sekarang....
Permintaan Iblis kpd ALLAH S.A.W
Tahukah anda bahawa ketika kejadiannya iblis laknatullah, iblis mempunyai beberapa permintaan daripada Allah..antaranya iblis meminta :
- rumah untuk iblis, maka Allah memberikannya = tandas sebagai tempatnya
- iblis meminta azan atau dikenali sebagai seruannya,lalu Allah berikan = apa sahaja yang bunyi-bunyian seperti seruling itu adalah azan untuk iblis
- permintaan iblis lagi mahukan makanan, maka Allah berikan = makanan yang dimakan oleh manusia yang tidak dimulai dengan nama Allah atau makanan yang haram,adalah makanan untuk iblis
- kemudian iblis meminta minuman, lalu Allah berikannya = minuman yang memabukkan
- iblis juga meminta pakaian, maka Allah berikan = pakaian yang mendedahkan aurat itu adalah pakaian iblis
- iblis meminta tulisan, Allah berikan = tatoo
- dan percakapan iblis - dusta
- kemudian, iblis meminta tempat duduk dan majlis, lalu Allah berikan - kaki lima, tepi jalan dan pasar-pasar adalah tempatnya
- iblis juga meminta pancing daripada Allah, maka Allah berikan - wanita
20 tips untuk buat Roomate anda giler...
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate andanak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde orgkat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dahbalik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanyadia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku beradani?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadarmelompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tusetiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari.Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidupsebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgnkuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommateanda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2.Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"
8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar,bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald.Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata"Eh, kau rupanya..."
10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu.Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki danmenjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap katroommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis.Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigidengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus.Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambardia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommateanda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu operasekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekalisambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dindingbilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalusampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk berimakan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambutsebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kauhitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding... ". Sekali-sekalabuat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastupanggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpkape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan(siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti diaterkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.
Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya? mereka menjawab?.
Soalan1 :
Adakah anda solat 5 waktu??
X : Sudah tentu? solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah?
Soalan2:
Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa? malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??
Soalan3:
Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku?lagi pon panas la...
Soalan4 :
Apakah aurat bagi lelaki??
X: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot? tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??
Soalan5 :
Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..
Soalan6 :
lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??
X : Haram? batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Ala ? stakat salam tu takpe lah
Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang je tak syok la..
Soalan7 :
Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah dalam email, apa yg anda buat??
X : InsyaAllah saya akan baca dan forward kat teman2. sekurang2nya ade gak usaha dlm berdakwah.
Y : Bace pun tak.. forward ape hal..
Z : Delete terus!! buang mase je!!
so pikir² la u'll orang yang mane ek...
sedar² la...
Bahaye ni!!!!
Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu,
dia terus mengusap-usap batang tersebut,
kelihatan air putih mengalir keluar.
Aminah pun menjerit
"..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..
Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu,
hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar,
jari-jemarinya terus menguli tanpa henti.
Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk
"bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."
Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan,
dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu
dan menyedut keluar sedikit susu ...
"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas"
Anak Zamrul yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.
Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar
"Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti..
Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.
Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut.
Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.
Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yangberkaitan dengan seks....jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorangyang normal..Tapi jangan terlebih pikir 18SX jer?ANDA MACAM MANA? saya normal.....hehehee
TIPS UTK MENJADI PASANGAN YANG BAIK
1.Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.
2.Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar2 menjadi pasangan yang tidak sepadan.
3.Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.
4.Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.
5.Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan.....??
6.Jangan merendah-rendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?
7.Jangan memberi janji yang anda tidak bisa penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?
8.Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup....Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka....
9.Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.
10.Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas...Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.
11.Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum..
selamat mencube kengkawan...
TOP 15 FOUNTAINS OF THE WORLD!!!!
Asal Usul Solat
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s..,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a..s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
Adakah Cinta Memerlukan Sebab?
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!
"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yangdisayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jikadisebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkansetiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantikdan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... iaboleh dirasai dalam hati."
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu , dibawah ini ada beberapa cara
bagaimana hendak mencuci hati , diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah , jadikan hatiku bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan , otak tenang , murah rezeki , orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan , dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa ,penyembuh,penenang,terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"sebanyak 3X.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik , kutuk diri sendiri , merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,senyum,pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah , cuci otak aku , cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik , berjaya , ceria , bersemangat , aktif , positif."Menurut kajian saikologi , apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa-Sekiranya dalam berpuasa,terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan ,tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2 , tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang , jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata , telinga , mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."
Walaupun mungkin ada diantara kita yang pernah melihat kontroversi yang melanda pakar motivasi terkenal nie , tetapi saya tidaklah sampai mengabaikan saranan dan petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. Perlu juga kita hargai walaupun terdapat sedikit kecacatan kerana Datuk Dr Fadzilah sendiri kurang berjaya men- cuci hati anak2nya. Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah. Insya'allah.
Nogori Sombilan
Memang kelakar la beb…..walaupun dah ada version BM KL tapi version negorinie yang menyeronokkan…sape2 ada email pak lah antar2 kan la…..biar diatengok kamus baru paham sikit…..
Saper yg x phm loghat negeri sembilan....blh la suruh org nogori yg tlgbacekan nie....lg best...slmt membaca.....hehehe....
kepado pak lah... PM paling sey sayang...I lap u
namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMENROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'????menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buekmenantu lak...
sey nulih surat ni bukan apo....sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lahsobab naik'an hargo minyak ari tu..lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gaklaaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAKLAH!!!!!!!
sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombungyg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koringyor...
sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn...anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopehsekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh lajadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak lamenoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn
ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buektompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) seytepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat...
rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan sey..bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. adola untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "ok la tuuuu"
sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jualdatsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit....tokih2 pun ado lahasil'eh..
team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak punnaik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu...walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey...
buek permulaan nk ngubah kehidupan sey..sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untukbuek kodok
sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akanberposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo)sey akan buek minyak masak sendiriitu antaro caro sey ngubah caro hidup..ade banyak laie carosemuo kerano UMNO dan bn...
dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado..bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolahrumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway, biar padan mukodio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palohayah dio tu...
nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikatbilo dh nak dokek2 pilihanraya nanti...insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah...tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu....
jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak..jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anakbini'eh nk mentodarah....sey totap nyokong pak lah..
akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup bn..
sekian timo kasih..
ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupogak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...
pocah kaco, pocah golas,
sudah baco, harap baleh.
wanita lawa vs wanita tak lawa
Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...
kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...
kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...
kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!
kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...
kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....
kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...
kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....
kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...
kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????
kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..
kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia.boring
p/s:citer ini tak ade kene mengene ngan orang yang idop atau yang telah mati atau sedang mati...mintak maaf kalo ade pihak² yang terase...
mat rempit oh mat rempit
bapak seorang mat Rempit
Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.
Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya.
"Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?
".Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila ni
Nyorok Bawah Katil
Isteri sakit jantung?
Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.
"Kenapa ni sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,
"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."
Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan (bukan nama sebenar) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Mazlan keluar dan berkata,"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"














